Thursday, March 14, 2013

Kelubi



Kelubi

Nama bionomial-nya ialah Eleiodoxa conferta.

Yang saya tahu bila tengok buah ni memang telan air liur punya. Naknya bila ia dijadikan jeruk. Slurppp!!!

Wednesday, March 13, 2013

skywatch

Skywatch
12 March 2013 @ 6pm
Taman perumahan di Bandar Baru Lipis

Tuesday, March 5, 2013

Monday, March 4, 2013

Keladi (Caladium)

Al Dino berpesan kepada saya,

Biar miang terkena keladi,
Jangan Miang Keladi.

Foto sumbangan : Al-Dino

Sunday, February 24, 2013

kedai runcit



Kedai Hj.T.A.Kunchi Koya & Sons
Kedai runcit yang terletak di Jalan Jelai ini mula beroperasi pada tahun 1946.

Thursday, February 21, 2013

tosei

Jom kita pekena tosei kat mamak
Bismi ada...
Nasi Kandar Hamid ada..
Alif Maju pun ada....


More about TOSEI please read here 
http://en.wikipedia.org/wiki/Dosa

Monday, February 18, 2013

gong xi fa chai

Masih belum terlambat bagi kami untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan yang meraikannya.

Saturday, February 16, 2013

pagi yang dingin



Selamat pagi warga Lipis

Sejuk pagi ini.
Jangan bangun lambat.
Jom hirup udara segar di luar sana.
Jalan-jalan ke bandor bersama keluarga,pakwe,makwe atau bekas pakwe.

Thursday, February 14, 2013

skywatch



Skywatch@7pm

14 Feb 2013
Mendung,
Hujan,
Pagi ke petang

Friday, December 21, 2012

KR1M in Lipis

Selain restoran kek yang penuh rahsia, sebuah lagi kedai bercat merah akan memulakan operasi perniagaannya di Lipis.

Pasar Bunga Cengkeh

Kawalan harga, oh Kawalan harga

musim buah

Mari kita raikan kedatangan musim buah dengan balik ke kampung halaman..

Thursday, November 1, 2012

kerayan

"Muka kerayan je kucing ni. Mungkin terkanceh dengan flash kamera keh agaknya."

* kerayan = takut
** terkanceh = terkejut

Monday, October 29, 2012

Saturday, October 20, 2012

stesyen minyak ESSO

Stesen Minyak Esso yang masih mengekalkan senibina asal yang jarang kita temui sekarang.

Friday, October 12, 2012

radar 360

Bak kata orang kampong saya "Once in the blue moon"..Lepih ada lah aktiviti seni2..lama saya tak layan melukih,semalam sempat lah mengaru gatal di PAMERAN RADAR 360 degree anjuran Maktab Perguruan Lipis.

Terima kasih bakal2 guru pendidikan seni kerana menyediakan ruang.Bila lagi Lepih akan ada acara begini? mungkin 1 atau 2 tahun mendatang pula.Orang lepih lebih suka kepada hutan yang digondolkan..dan mengeruhkan air sungainya.ha..ha..ha..ha melukih tidak boleh jadi kaya kata mereka. - ubi

Friday, September 14, 2012

end of pay phone

Suatu masa kelak, telefon awam akan pupus.
(Dewan Residen kini dalam proses penambahbaikan)
Foto : Kumprinx

Wednesday, July 18, 2012

Centerpoint

Kawasan ini mengingatkan anda kepada apa?
Bagi saya, sate dan gelunsur.

Wednesday, July 11, 2012

nostalgia mesin taip






Apa kenangan anda bersama mesin taip?


Saya pernah menolong ayah saya menaip soalan matapelajaran Sivik dengan menggunakan Stensil.Selepas itu stensil tersebut akan dicetak dengan menggunakan mesin 'gelek'. :) 


Untuk adik-adik yang tak kenal mesin taip sila ke link wikipedia ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesin_taip.







Saturday, July 7, 2012

morning view



Jalan ke Benta pada waktu pagi jam 8:15 yang masih dipenuhi kabus tebal. Jarak pemandangan cuma 100 meter. Suhu agak dingin. Mungkin 23 darjah celcius.

Friday, June 29, 2012

a road to Bukit Kerani




Down Memory Lane.
Jalan Bukit Kerani(Clark Settlement)
Dulu kawasan Bukit Kerani ni kira kawan elite lah dalam tahun 60an-70an.